 |
|
 |
| |
| Author |
Message |
marimo head (sanji)
naib canselor

Joined: 16 Jul 2007
Posts: 600
Location: angga
|
Posted:
Mon Oct 29, 2007 10:21 am |
  |
SINOPSIS
Sewaktu Kesultanan Mameluk, sultan yang
memerintah negeri mendapati dirinya seorang hamba abdi
yang belum dibebaskan. Sebelum rahsianya terbongkar, tuanku
sultan dinasihatkan Wazir untuk menjatuhkan hukuman mati
keatas saudagar yang mengetahui rahsia itu, tetapi Kadi
Besar mencadangkan supaya sultan mengikut proses
undang-undang dan dilelongkan supaya dapat dibeli
oleh orang awam yang kemudiannya akan disuruh
menandatangani kontrak kebebasan. Walaubagaimanapun,
wanita yang membelinya enggan membebaskan tuanku...
DRAMA ARABIC
Teater telah berakar umbi di tanah Mesir semenjak 1930an:
benih permulaannya ditanam dalam abad-abad dahulunya
sekarang menumbuh. Khalayak yang suka menonton kenal
dengan pelakon-pelakon hebat, seperti Jurj Abyad;
mereka telah dikenalkan dengan konsep-konsep pengarahan
Aziz 'ID; pengurus dan penerbit, Yusuf Wahbi; dan syarikat
yang berdisplin sperti Ramsis. Sebuahsyarikat national
dibentuk di bawah naungan kerajaan (1935) dan menerima
bantuan kewangan dan di bawah pengurusan bersama
seorang penyajak, Khalil Mutran, dan Taha Husayn.
Seorang penulis berbakat dalam penulisan dramatic juga
muncul pada waktu ini, dramatis national Mesir,
Taufik Al-Hakim(Tawfiq al -Hakim). Seni teater telah
menerima perhatian serius dari pihak kerajaan.
TAUFIQ AL-HAKIM(1898-1987)
Al-Hakim di besarkan di desa Mesir. Dalam tahun 1915,
beliau pergi tinggal dengan saudaranya di Cairo di
mana beliau sambung pengajiannya. Seperti belia-belia pada
waktu itu, beliau mengambil peranan aktif dalam pergerakan
anti-British di bawah pemimpin Sa'd Zaghlul; dan ditangkap
an di penjarakan pada 1919. Selepas beliau dibebaskan, al-Hakim
belajar undang-undang untuk beberapa tahun. Di Universiti,
beliau mula dekat dengan teater arab yang telah berkembang
selepas perang. Minatnya bertambah lagi apabila beliau
pergi ke France untuk membuat penyelidikan untuk tesis
kedoktorannya. Beliau menghabiskan masanya menonton
teater dan persembahan-persembahan musikal.
pulangnya ke Mesir, beliau bekerja selama empat tahun
di kawasan kampung sebagai pendakwa. Kemudian
bekerja di Kementerian Undang-undang. Di sini beliau
banyak berhubung dengan orang-orang desa dalam pelbagai
situasi.
Selain dari cerita pendek, artikel dan drama-drama pendek,
beliau juga menerbitkan dalam tahun 1930-40an tujuh
buah drama panjang,antaranya Ba'd al-maut(After Death).
Drama empat babak, tentang seorang doktor tua, yang disayangi
oleh pesakit-pesakit wanitanya adalah hebat dari aspek
plotnya yang menarik dan simple dan kehebatan dialognya.
watak-wataknya tidak dilukis dengan jelas, kecuali watak doktor
dan isterinya. Minatnya bukan kepada perwatakan tetapi
pemaparan masalh-masalah yang menganggunya. Dalam
Ba'd al-maut beliau memaparkan masalah kehilangan
masa muda dan jesteru pengaruh keatas wanita; kemudain
kebencian dilepaskan kepada wanita.
Selain dari drama social, Al-Hakim juga menulis drama sejarah,
tragedi,dan komedi. Beliau sangat berjaya memberi
gambaran lucu dan jelas tentang kehidupan harian di Mesir.
Beliau dengan secara tidak langsung membuat kritkan
ke atas masyarakat mesir. Dalam Yaumiyat Naib fi 'l-Aryaf
(Diari of a Prosecuting Attorney) 1937, yang berasaskan p
engalaman beliau sebagai pendakwa-raya. Beliau
mendedakan ketidakadilan dan rasuah dalam system
undang-undang yang di aplikasikan di dearah
desa/ perkampungan. satu contoh di mana seorang petani
yang buta tidak memahami code Napoleaon
SESI FOTOGRAFI
 |
|
|
      |
 |
marimo head (sanji)
naib canselor

Joined: 16 Jul 2007
Posts: 600
Location: angga
|
Posted:
Mon Oct 29, 2007 10:25 am |
  |
7atau 8hb nie....
datang la bagi support...
taeter nie first time dalam malaysia ada makan2 sambil menonton
dia macam teater kat Rusia...ada makan2
bayar RM5 je....
taeter ni pun best ala2 citer arab dan sememangnya arab...
kira nie exam aku la...
aku dinilai dari segi publisiti dan promosi....
kalau ramai orang datang so aku boleh dapat A dan pointer aku blh naik lagi...
iye la asyik 3.45 je...
teringin gak nak rasa 3.88 ke atau 4flat....
so kawan2...amacam?
bagi la support...
aritu aku exam gak..buat pertandingan nyanyian siap panggil THE LIMA
gangstaz lagi...best....
teater nie menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan diluar jangkaan...
so apa tunggu lagi jomla ramai memeriahkan lagi teater nie...
pelakon2 pun best .....
datang dan nilai sendiri...
nak tgk cina menari arab pun boleh..... |
|
|
      |
 |
|
|
|
View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
 |
|
 |
|