 |
|
 |
| |
| Author |
Message |
marimo head (sanji)
naib canselor

Joined: 16 Jul 2007
Posts: 600
Location: angga
|
Posted:
Wed Oct 03, 2007 5:07 am |
  |
MAAF LAMPIRAN MASIH DALAM PEMBIKINAN
SEJARAH BANGSAWAN
Bangsawan merupan satu bentuk drama Melayu yang berasal dari India, dikenali
sebagai ‘Wayang Parsi’ atau ‘Mendu’ dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon
lelaki semuanya. Kebanyakkan cerita yang diperembahkan adalah cerita-cerita
dongeng yang membawa tema kehidupan di Istana atau Kayangan,diselitkan
dengan unsur tarian dan nyanyian yangmengasyikkan.
Tahun 1885-1902 merupakan zaman penapakan bangsawan di Tanah Melayu.
Kumpulan Pushi Indera Bangsawan of Penang adalah kumpulan yang pertama
ditubuhkan dalam tahun 1885 di Pulau Pinang atas dasar Wayang Parsi dan
menjadi kumpulan Bangsawan Profesional yang pertama di Tanah Melayu.
Kumpulan ini dipimpin oleh Mamak Pushi @ Muhammad Pusi.
Bangsawan berada di zaman kegemilangan antara tahun1915-1941. Dalam
tempoh ini banyak kumpulan Bangsawan di tubuhkan. Zaman ini jugalah
menyaksikanBangsawan menerima pengaruh persembahan dramaBarat yang
bercorak ‘commedia dell’ Arte dari Ital.selari dengan perkembangan itu, banyaklah
cerita Shakespeare di pentaskan dan nama Bangsawan bertukar kepada ‘Opera’.
Penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan Bangsawan
mengalami zaman palaing genting.Selepas Jepun berundur, Bangsawan kembali
bernafas namun disekat lagi dengan pengisytiharan darurat pada tahun 1950.
Setelah keadaan menjadi baik, Bangsawan terpaksa bersaing pula dengan hiburan
yang lebih moden seperti filem,radio dan televisyen. Perkembangan pesat ini juga
turut menyaksikan Orang Muda dan Seri Panggung Bangsawan mencuba nasib
di dunia Filem, radio dan televisyen.
SINOPSIS
Lela dan manja merupakan dua beradik yang menjadi mangsa
kekejaman serta keadaan. Kehadiran ibu tirinya telah
mengubah corak hidup mereka berdua. Mereka di seksa sejak
kecil dan di perlakukan seperti hamba. Keperitan hidup mereka
berdua bertambah apabila ayahandanya pula di bunuh di depan
mata. Maka kerana ketakutan itu, dua beradik ini terpisah di
dalam hutan.Sekian lama terpisah, Lela yang menjadi
permaisuri kepada Raja Muda, telah di dendami oleh Komeng
yang ingin menuntut bela di atas kematian ayahandanya Megat
Sura. Perjuangannya itu mendapat sokongan dari Manja
yang tidak menyedari kisah sebenar yang di selindungkan.
Raja Muda di buru Manja, sehinggalah Lela dan Manja di
pertemukan semula. Manja telah menyedari kesilapannya
telah menawarkan diri menentang Komeng bagi menebus aib
serta membalas dendam di atas kematian ayahandanya.
Maka kerana takdir jua, Lela dan Manja bersama semula...
Lela Manja
Lela and her young brother, Manja led a miserable life since
their childhood. Their stepmother had brought changes in
through their period of life. It became worse when their beloved
father was killed by Megat Sura with the help of their
stepmother. This was the turning point of the whole story.
They witnessed the killing and because of fear, they ran into
the jungle. This was the moments when Lela was separated
with her only brother, Manja. After long (as the story was t
Without knowing what actually happened, he agreed to help
Komeng killed the Young King. He entered the palace and
upon seeing the Queen and heard what had been told, he
at last knew that the Queen was his sister, Lela. After getting
the truth, he faced and confronted Komeng as a revenge of
their father’s death. And because of fate, Lela and Manja were
together again.
PENGARAH
Khusiary Mahayuddin
Khusiary Effendy Bin Mahayuddin atau lebih di kenali
Khusiary mahayudin merupakan seorang kakitangan
penjara, yang berkhidmat di penjara kajang Selangor.
Beliau mula menceburi bidang teater ini dengan bermula
sebagai pelakon di dalam teater Imbas. Semenjak itu
beliau terus aktif berlakon sehinggalah kini telah mengarah
beberapa karya hebat di sekitar negeri selangor khususnya.
Antara Teater yang pernah di arahkannya adalah Lorong 2/90,
Sel 62, Antara, Mainan Jiwa, Baik Gila dan terbaru
Bangsawan Lela Manja.Kini beliau, yang juga jurulatih
seni Budaya Negara sedang sibuk mengajar teater di dua
sekolah jagaannya, iaitu sekolah menengah Abdul Jalil,
Hulu Langat dan sekolah menengah Kelana Jaya,
Petaling Jaya.
PENOLONG PENGARAH
Raja Azrey
Penulis Skrip & Pen. Pengarah
Raja Azri B Raja Kamaruzzaman atau lebih di kenali sebagai
Raja Azrey adalah merupakan seorang dramatis sepenuh
masa. Di lahirkan di kampung Jaya Setia , Batang Berjuntai
Selangor,Karier sebagai pelakon tv bermula sejak tahun
1997 dan hanya terjun ke bidang teater ini pada tahun 2002.
Semenjak itu beliau tidak pernah menoleh kebelakang
dalam mendalami ilmu di dalam bidang teater. Di antara
teater yang pernah di pentaskan adalah Di mana Bulan
Selalu Retak, Lorong 2/90, Sel 62, Baik Gila serta
Bangsawan Tun Fatimah dan Tun Teja. Kerjaya sebagai
seorang pelakon drama tv seiring dengan kerjaya sebagai
aktivis teater, dan kini bernaung dibawah kelab
Rumpun Seni Dan Teater Shah Alam ( Resam ),
Tugasnya kini lebih kepada membentuk pelapis-pelapis
baru bagi di ketengahkan dalam apa-apa sahaja program
pembangunan teater di negeri Selangor. |
|
|
      |
 |
|
|
|
View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum You can reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
 |
|
 |
|